IVF sempurnakan impian dapat zuriat

IVF sempurnakan impian dapat zuriat

Isu kesuburan atau mandul bukan perkara luar biasa berikutan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati kira-kira 17.5 peratus populasi dewasa dunia atau kira-kira satu daripada enam orang di seluruh dunia mengalami ketidaksuburan.

Data itu sekali gus menunjukkan keperluan serius terhadap usaha meningkatkan akses kepada rawatan kesuburan pada kos lebih berpatutan dan berkualiti tinggi.

Isu ketidaksuburan turut meruncing di negara Asia Pasifik berikutan perubahan ketara dalam corak demografi yang menyumbang kepada masalah kesuburan di rantau ini.

Faktor seperti lambat berkahwin, hamil selepas usia reproduktif, stres dan gaya hidup tidak aktif, antara penyebab penurunan kadar kesuburan di banyak negara Asia Pasifik.

Malah, kadar kesuburan rakyat di Malaysia terutama wanita semakin merosot berikutan ramai wanita muda obesiti, kencing manis, darah tinggi, endometriosis, kitaran haid tidak teratur dan tiub fallopian tersumbat.

Lelaki pula tidak subur disebabkan bentuk, kualiti, jumlah sperma, saluran sperma tersumbat, obesiti, masalah kesihatan kronik dan pilihan gaya hidup.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dan Pakar Fertiliti Alpha IVF Group, Datuk Dr Colin Lee, berkata rawatan kesuburan in-vitro (IVF) atau bayi tabung uji antara usaha membantu pasangan ada masalah ketidaksuburan untuk mendapatkan zuriat.

Kaedah IVF semakin popular.

 

Full article: bharian.com.my

Share this post


Whatsapp Us Button